• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Perompak Kapal Tangki Ditangkap

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Lima lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam rompakan sebuah kapal tangki di perairan Bintulu di sini pada 4 Ogos lalu, akhirnya berjaya ditangkap selepas dua minggu operasi mengesan mereka dijalankan.

Kelima-lima suspek berusia 34 hingga 46 tahun ditangkap dalam operasi, Op Cantas yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Ogos lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Bintulu, Kapten Maritim Shahref Mac Queen Abdullah berkata, hasil tangkapan suspek, pihaknya berjaya menemukan semula kesemua barangan yang dirompak dalam kejadian tersebut.

“Dalam kejadian rompakan berlaku pada pukul 11 malam di kedudukan kira-kira 11 batu nautika ke barat Tanjung Kidurong itu, perompak warga asing terbabit telah melarikan seutas rantai emas, lima unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM19,800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tags: kapal tangkiperompak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UPSI Terima Anugerah Pentadbir Terbaik Universiti Awam

Next Post

Kajian Dilakukan Untuk Bina Pelabuhan Di Pulau Carrey

Related Posts

Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon

Kapal Tangki Dari India Ditembak Iran – Pentagon

24/12/2023
0

WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai India menjadi sasaran dron yang didakwa ditembak...

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Next Post

Kajian Dilakukan Untuk Bina Pelabuhan Di Pulau Carrey

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd