KABUL – Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang, ketika gelombang keganasan berterusan di seluruh Afghanistan.
Serangan nekad itu dilakukan terhadap sebuah pusat pendidikan di kawasan Syiah di barat ibu negara Afghanistan. Sekurang-kurangnya 48 orang dengan 67 mangsa lain cedera.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, setakat ini. Namun, letupan di Kabul itu menunjukkan ia dilakukan kumpulan pengganas Daesh yang banyak menyerang sasaran Syiah, sebelum ini.
Taliban mengeluarkan kenyataan menafikan ia terbabit dalam serangan itu. – Reuters
