• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Hadiri Sambutan Selamat Datang Di Palembang

oleh
19/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Lebih 4,000 atlet, pegawai dan jemputan menyertai upacara Malam Selamat Datang Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Bandar Sukan Jakabaring (JSC) di sini, malam ini.

Berpakaian seragam kontinjen masing-masing, kesemua mereka berkumpul di Stadium Gelora Sriwijaya, sambil menyaksikan secara langsung upacara pembukaan rasmi Sukan Asia ke18 melalui skrin gergasi.

Majlis perasmian itu diadakan penuh gilang-gemilang di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, dengan diisytiharkan dibuka secara rasmi oleh Presiden Indonesia Joko Widodo

Atlet dan jemputan yang menghadiri Malam Selamat Datang itu, disajikan dengan persembahan daripada artis tempatan dan antarabangsa, selain diadakan pelbagai aktiviti serta pertunjukan bunga api.

Sejumlah 96 atlet terdiri daripada 50 atlet lelaki dan 41 wanita, menggalas cabaran Malaysia di Palembang, Sumatera Selatan.

Sepak takraw, tenpin boling, menembak, ‘roller sports’, bola tampar pantai, bola sepak wanita dan triathlon adalah antara sukan yang dipertandingkan di JSC.

Lebih 11,000 atlet dan kira-kira 5,000 pegawai dari 45 negara menyertai temasya Sukan Asia kali ini yang berlangsung sehingga 2 Sept. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd