• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut Tembakan Rambang Di Miami

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk seorang suspek dalam kejadian tembakan rambang di pertandingan permainan video di Jacksonville, utara bandar Florida hari ini, kata polis.

Ketua Sheriff Jacksonville, Sheriff Mike Williams mengesahkan bahawa ada mangsa yang terbunuh dan cedera dalam insiden tembakan ketika berlangsungnya pertandingan permainan video Madden 19 American football eSport.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai suspek yang dipercayai bertindak sendirian.

“Kami tiada suspek lain kecuali seorang dalam kes ini dan dia turut terbunuh di tempat kejadian,” katanya.

Williams berkata, tembakan berlaku di dalam sebuah restoran di kompleks hiburan dan beli-belah The Landing tanpa memberikan maklumat terperinci.

Menurut LA Times yang memetik kenyataan seorang peserta profesional Noble eSport, Steven “Steveyj” Javaruski sebagai berkata penembak itu adalah seorang peserta yang turut bertanding dan tewas.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump sudah dimaklumkan mengenai insiden itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: FloridaInsiden Tembakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

26/02/2026
0

HAVANA – Sekurang-kurangnya empat individu dilaporkan maut selepas pengawal sempadan Cuba melepaskan tembakan ke arah sebuah bot laju berdaftar Florida...

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

24/01/2023
0

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd