• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Akhbar AS Selar Trump

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Lebih daripada 300 akhbar di Amerika Syarikat (AS) semalam membuat penegasan melalui penulisan lidah pengarang, mempertahankan kebebasan media di negara itu.

Penulisan itu adalah sebagai tindak balas terhadap Pre­siden AS, Donald Trump yang menggelar beberapa organisasi media sebagai musuh rakyat Amerika.

The Boston Globe menganjurkan penerbitan pandangan itu yang kemudian disertai oleh New York Times dan sejumlah akhbar kecil termasuk di beberapa negeri yang dimenangi Trump ketika pilihan raya Presiden pada 2016.

Lembaga Pengarang The Boston Globe, menerusi satu muat naik di dalam talian kelmarin, menuduh Trump melakukan ‘serangan berte­rusan terhadap kebebasan media’.

“Kehebatan Amerika bergantung kepada peranan kebebasan media untuk bercakap benar terhadap pihak yang berkuasa. Melabelkan media sebagai ‘musuh rakyat’ ialah seperti bukan rakyat Amerika merupakan satu bahaya terhadap kompak sivik yang telah kita kongsi selama lebih dua abad,” tulis The Boston Globe.

Trump dalam melayan media pada ketika seperti parti pembangkang, telah bertindak balas terhadap laporan tidak seimbang yang disifatkan sebagai ‘berita palsu’.

Sebagai contoh, pada Februari 2017, Trump menulis: “Media berita palsu (gagal @nytimes, @NBCNews, @ABC, @CBS, @CNN) bukan musuh saya, ia adalah musuh rakyat Amerika!”

Wakil White House tidak dapat dihubungi untuk memberi komen berhubung penulisan lidah pengarang itu.

Di laman web konservatif, Townhall.com, satu pandangan daripada Tom Tradup menuduh akhbar mengambil bahagian dalam ‘pakatan sulit’ melalui lidah pengarang.

“Tidak seperti mastodon di The Boston Globe, saya tidak akan menganggap untuk memberitahu orang lain apa yang perlu difikirkan atau apa yang perlu dilakukan,” tulis Tradup. – Reuters/Kosmo Online

Tags: akhbar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbitan Utusan Malaysia Diteruskan, Tak Henti Operasi

21/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat akhbar berbahasa Melayu berusia 80 tahun, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Kumpulan Utusan) akan terus beroperasi dengan...

Akhbar Tamil Nesan Akan Ditutup 1 Februari

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Surat khabar Tamil Nesan, antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd