• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

203 Mangsa Ribut Di Langkawi Masih Di PPS

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Seramai 203 mangsa daripada 43 keluarga yang terjejas ekoran kejadian ribut dan banjir kilat awal pagi semalam masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Lt (PA) Muhammad Hilmi Yaakob hari ini berkata mangsa tersebut dipindahkan sejak 11.14 pagi semalam berikutan kediaman mereka yang terjejas akibat rebut dan banjir kilat.

“Hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan kejadian telah menyebabkan 46 rumah dan sebuah surau mengalami kerosakan bumbung dan siling.” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata APM telah menggerakkan 42 anggotanya ke kawasan kejadian serta di pusat pemindahan untuk membantu mangsa terlibat.

Sementara itu, pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta serta individu perseorangan tampil untuk menyumbang pelbagai bantuan kepada mangsa. – BERNAMA

Tags: Langkawiribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd