• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Hospital Tanpa Pakar Akan Dinaik Taraf

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menaik taraf 11 buah hospital tanpa pakar di seluruh negara menjadi hospital pakar minor bagi meningkatkan perkhidmatan perubatan pakar di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata hospital yang terlibat ialah Hospital Gerik, Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping di Perak; Hospital Tampin di Negeri Sembilan, Hospital Kota Tinggi di Johor, ​​​​​​​Hospital Besut dan Hospital Dungun di Terengganu; Hospital Gua Musang di Kelantan; Hospital Beaufort dan Hospital Kota Marudu di Sabah serta Hospital Mukah di Sarawak.

“Untuk hospital tanpa pakar yang lain, ia dijadikan hospital kluster yang mana perkhidmatan pakar diperolehi dari hospital berdekatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) berhubung perancangan kerajaan untuk memenuhi keperluan doktor pakar di kawasan luar bandar pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan asal Mohd Fasiah tentang bilangan hospital sedia ada di seluruh negara, Lee berkata setakat ini, terdapat sebanyak 145 buah hospital kerajaan yang diklasifikasikan mengikut fungsi masing-masing.

Katanya, ini termasuk 75 hospital tanpa pakar, 18 buah hospital pakar minor, 14 buah hospital negeri, 10 buah hospital atau institusi khas dan lapan hospital berpakar major (utama).

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 terdapat perancangan untuk membina enam buah hospital pakar yang baharu, bagaimanapun perancangan tersebut bergantung kepada keadaan kewangan semasa serta sumber tenaga kerja yang mencukupi,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktor pakarhospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd