• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zam Biadab Cadang Tutup Sekolah Tahfiz

oleh
08/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA Barisan Nasional (BN) perkasa institusi tahfiz termasuk mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang pertama seumpama di dunia, Pakatan Harapan (PH) pula sebaliknya.

Semalam, netizen gempar apabila ‘orang kuat’ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri iaitu Tan Sri Zainuddin Maidin dilapor portal tempatan mencadangkan supaya pusat pendidikan tahfiz di seluruh negara ditutup.

Menerusi catatan dalam blognya semalam, Zainuddin yang sering disapa sebagai Zam, mengesyorkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup terus.

Ini kerana konona institusi hafazan al-Quran tidak beri harapan masa depan kepada generasi baharu dan beliau juga mahu menteri hal ehwal Islam itu untuk cegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai uniform rasmi.

Kesal saranan biadab itu, beberapa tokoh agama tempatan termasuk mufti persoal kewarasan bekas Menteri Penerangan yang pernah dipecat Mahathir itu sendiri daripada jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Zainuddin sebaliknya perlu membantu untuk memperbaiki lagi kelemahan sistem pusat tahfiz supaya sehaluan dengan kemajuan arus semasa.

“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz. Pandangan beliau memang tidak wajar.

“Sebagai orang Islam, perkara yang memartabatkan agama Islam perlu disokong dan sama-sama diperbaiki kelemahannya, bukannya minta untuk ditutup,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan hari ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula meminta Zam tidak menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan tidak jelas, sebaliknya lihat sebagai antara tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu Kifayah.

“Dari sudut hukum, penubuhan tahfiz sebenarnya fardu Kifayah. Jika beliau persoal penubuhan institusi ini tidak beri masa depan kepada generasi baru, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab perbaiki kelemahan?” soalnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd. Zahid Mahmod menegaskan pihaknya akan tetap pertahan malah penubuhan institusi itu akan diperbesarkan lagi di seluruh negara.

“Kenyataan Zainuddin jelas seolah-olah pendiriannya itu menyerang umat Islam amnya, warga tahfiz khususnya. Sehubungan itu, PINTA sekeras-kerasnya menentang cadangan tersebut. Kalau ada kekurangan, sempurnakan.

“Jika ada kelemahan, perkuatkan serta cari jalan kepada masalah yang sedia ada. Itu yang lebih penting,” ujarnya. Komen itu turut dipersetujui pendakwah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Anak kepada bekas mufti Perlis itu berkata, Zam sepatutnya mengggesa pihak kerajaan PH supaya memperkasakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), apatah lagi beliau sendiri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

“Apa yang sepatutnya dia buat adalah meneruskan apa yang kerajaan sebelum ini lakukan iaitu memperkasakan DPTN untuk kita pastikan tadbir urusnya berlangsung dengan baik. Bukan cadang tutup (sekolah tahfiz).

“Saya pun tidak faham macam mana bekas menteri ini berfikir, beragama Islam pula, apa dia punya pandangan terhadap institusi tahfiz quran ini? Adakah dia pandang institusi tahfiz langsung tidak ada kepentingan.

“Atau tiada kebaikan kepada generasi kita?” katanya kepada BNBBC.my portal. Tegas Fathul Bari lagi, beliau percaya Zam tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menyokong cadangan yang dibuatnya itu sendiri.

Ini kerana antara alasan Zam menerusi penulisan di blognya itu yang meminta Mujahid untuk menutup sekolah tahfiz konon sebagai usaha bagi membawa keluar umat Islam daripada ‘amalan agama jumud’. – Mynewshub.TV

* Video arkib mengenai usaha BN perkasa institusi tahfiz…

Tags: tahfizZainuddin Maidin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wak Doyok Keluar PAS Sertai PAN

Next Post

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

Next Post

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd