• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Beri Keterangan Kali Kedua Di SPRM

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Semalam, SPRM mengarahkan Ahmad Zahid, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, untuk hadir bagi memberi keterangan.

Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dan berpakaian batik berwarna biru navy itu tiba pukul 9.54 pagi ini.

Setibanya Ahmad Zahid di hadapan pejabat badan pencegah rasuah itu, beliau terus melambai ke arah pengamal media sambil melemparkan senyuman dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan.

Difahamkan hanya Anggota Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.

Seawal 8.00 pagi, puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes melibatkan Ahmad Zahid.

Semalam, Ahmad Zahid juga mengakui bahawa keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewengan dana yayasan miliknya.

Ahmad Zahid antara individu disiasat SPRM selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009. -BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPresiden UMNOSPRMZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd