• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon yang menyambung pengajian di Sepanyol, Dr Soo Wincci, menerima Ijazah Sarjana keduanya dalam majlis graduasi yang berlangsung di Berklee Valencia, semalam.

Menerusi kemas kini di laman sosialnya, Wincci memaklumkan sedang bersiap sedia untuk ke masuk ke dewan bagi menerima Ijazah Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi daripada institusi berprestij impiannya, Universiti Berklee Valencia.

“Sarjana kedua saya daripada pusat pengajian impian @berkleevalenciacampus. Bezanya, kali ini saya sendirian di Sepanyol, namun terima kasih di atas semua ucapan menerusi online.

“Saya perlu masuk ke dewan untuk graduasi sekarang. Akan kongsi lebih banyak gambar untuk anda semua nanti!,” katanya menerusi status dan gambar yang dikongsi menerusi Instagram peribadinya.

Wincci menyambung pengajian di negara berkenaan sejak Julai tahun lalu.

Bekas peserta Ratu Cantik Dunia 2008 itu menerima Ijazah Sarjana pertama dalam bidang pengurusan perniagaan daripada Universiti Sunshine Coast, Australia.

Sebelum itu, beliau menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Reading, United Kingdom.

Difahamkan, selebriti berusia 32 tahun itu turut merancang untuk mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kedua di Universiti Harvard atau Universiti New York pula, selepas ini.

Sebelum ini, beliau memperoleh PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016. – BH Online 

Tags: Dr Soo Wincciijazah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2,979 Graduan UTeM Terima Ijazah

30/11/2021
0

DURIAN TUNGGAL : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membawa kelainan pada pesta konvokesyennya kali ini dengan konsep TUAH Virtual Convo...

Banyak Nikmat Kalau Berpuasa – Soo Wincci

24/04/2020
0

PENYANYI, Dr Soo Wincci meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan bagi tahun kesembilan. Wincci yang turut menjadi pensyarah sambilan berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd