• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Weah Tekad Mahu ‘Jaringkan Gol’ Lepas Jadi Presiden

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIMANA George Weah – sebagai seorang presiden – menguruskan Liberia? Jawabnya: dia memanfaatkan ilmu bola sepak yang dipelajarinya di meja pengurusan.

Dikenali dengan langkahnya memotong gaji sendiri supaya kantung negara dapat dikurangkan bebannya, kini dia berikrar untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur di Liberia.

Menjadi jambatan antara rakyat dan negara – itu slogan terbaru bekas pemain terbaik dunia pada 1995 itu. Langkah pertamanya ialah menyediakan jalan raya yang baik buat semua wilayah di negara itu.

Tindakan itu dibuat sebagai pelan serampang dua mata. Selain mengurangkan kesukaran penduduk untuk bergerak, rangkaian jalan raya yang baik juga secara tidak langsung akan menyuburkan ekonomi negara.

“Anda semua tahu latar belakang saya ialah pemain bola sepak.

“Sebagai pemain kami ada satu peraturan penting, iaitu apabila diberi peluang beraksi, kami mesti menunjukkan prestasi terbaik. Jika tidak, kami akan dikeluarkan.

“Saya dulu berada di luar padang tetapi sekarang anda membawa saya bermain. Jadi saya perlu menjaringkan gol untuk memastikan kita menang,” katanya memberikan contoh.

Tak suka Redlight

Weah, 51, secara rasmi menjadi presiden ke-25 Liberia pada 22 Jan lalu dan ia melakar secara sebagai peralihan kuasa secara demokratik buat kali pertama di negara tersebut sejak 74 tahun lalu.

Antara fokus utama Weah ialah memerangi rasuah, memperbaiki ekonomi dan membasmi buta huruf di kalangan lebih 4.6 juta rakyatnya.

Pada Mac lalu dia menubuhkan skuad khas bagi memburu kakitangan awam yang disyaki khianat, pecah amanah atau menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Kata Weah sekarang adalah waktu untuknya melaksanakan ikrar menjadi penghubung antara rakyat dan negara.

“Saya masih berpegang kepada janji itu,” katanya sempena majlis pecah tanah projek penyambungan jalan di Redlight, Paynesville yang terletak di timur Monvoria.

Sementara itu Weah juga menyatakan rasa kurang senang dengan nama daerah itu yang tidak melambangkan kedudukannya sebagai hab perdagangan Liberia.

Katanya nama Redlight mesti diubah supaya menunjukkan imej sebenar kawasan terbabit.

“Negara ini lahir lama sebelum saya. Ia sudah wujud sejak 171 tahun lalu.

“Justeru saya tidak mahu ada sebarang masalah. Masyarakat antarabangsa sudah datang ke sini sejak lama dulu dan saya tak mahu ada masalah,” katanya. – MalaysiaKini.com

Tags: george weahLiberia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

27 Kanak-Kanak Sedang Belajar Al-Quran Maut Kebakaran

19/09/2019
0

MONROVIA - Kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah Islam di Liberia mengorbankan sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak. “Kanak-kanak sedang belajar Al-Quran semasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd