• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Sokong Langkah Majlis Raja-Raja Melayu

oleh Ahmad Albab
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pergerakan Wanita UMNO menyokong penuh langkah Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, penubuhannya sangat tepat berikutan banyak isu membabitkan Islam mulai disentuh pihak tertentu pasca pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita sokong dan sambut baik penubuhan jawatankuasa itu oleh Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira keadaan sekarang berkaitan bangsa dan agama,” katanya selepas melawat bekas calon Pas DUN Sungai Kandis PRU-14), Mohd. Yusof Abdullah di sini hari ini.

Raja-Raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.

Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya, berkata keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.

Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.

Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Majlis Raja-RajaWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Raja-Raja Perkenan Bentang Pindaan Perlembagaan Berkait Kewarganegaraan

Majlis Raja-Raja Perkenan Bentang Pindaan Perlembagaan Berkait Kewarganegaraan

19/07/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan membabitkan isu kewarganegaraan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat akan datang....

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd