• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Cedera Diseret, Peragut Kena Belasah Di Miri

oleh
20/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang pembantu jualan di kedai farmasi nyaris hilang nyawa apabila rambutnya tersangkut pada roda motosikal peragut dan diseret beberapa meter atas jalan sebelum diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian ragut di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa, wanita berusia 31 tahun itu sedang berjalan kaki di belakang pusat membeli belah Boulevard Mall Miri di sini sebelum dihampiri suspek dari arah belakang dan meragut beg tangan mangsa.

Bagaimanapun, mangsa terjatuh atas jalan dan rambutnya tersangkut pada roda motosikal dan diseret sebelum suspek turut terjatuh dari motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, SAC Denis Leong, dalam kenyataan, berkata orang awam yang melihat kejadian itu terus memberi bantuan dengan menangkap suspek dan mendapatkan semula beg tangan mangsa.

Akibat berang dengan perbuatan kejam itu, orang awam di tempat kejadian bertindak membelasah suspek dengan teruk sebelum menyerahkannya kepada polis.

Leong berkata mangsa hanya mengalami sedikit kecederaan manakala suspek berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Tags: kes samunperagut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd