• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Tepis Dakwaan Kerajaan PH Gagal Laksana Manifesto

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh Pakatan Harapan menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.

“Berapa hari kita (Pakatan Harapan) dalam kerajaan? Berapa lama BN dalam kerajaan? Itu saya tanya baliklah,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama Biro Kesihatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan calon PKR untuk PRK Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, bakal menyaksikan Mohd Zawawi ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Sepanjang tempoh berkempen, BN mengambil kesempatan memainkan isu kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto PRU14 selain ‘memomokkan’ pengundi dengan kegagalan kerajaan mempertahankan hak orang Melayu dan Islam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan memerlukan masa lebih 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Beberapa janji Pakatan Harapan yang sudah dilaksanakan adalah seperti mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam serta memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti bulan depan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, ringkas menjawab: “Kita ada hak demokrasi.”

Beliau dalam pada itu turut berkongsi keadaan kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas baru-baru ini.

“Saya baru balik dari Singapura menziarahi Tan Sri Muhyiddin dan Alhamdulillah, saya nampak beliau semakin kuat selepas pembedahan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan agar beliau cepat pulih,” katanya.

Dr Mahathir kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHManifesto PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

Azmin Dedah Mengapa Beliau Tidak Lagi Dapat Pertahan Kerajaan PH

30/10/2022
0

GOMBAK : Langkah Sheraton yang digerakkan pada penghujung Februari 2020 menyaksikan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri...

Kesilapan Kerajaan PH Punca Waris Sultan Sulu Tuntut Pampasan

15/03/2022
0

SHAH ALAM – Kerajaan harus menyiasat punca dan mengambil tindakan segera atau kedaulatan negara boleh tergadai sekiranya isu mengenai tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd