• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Berdiri Atas Nama Sendiri – Khairy

oleh
28/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – UMNO dilihat perlu lebih kuat berdiri atas nama sendiri daripada mengharapkan sokongan PAS untuk terus diterima masyarakat, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, walaupun wujud kemungkinan gabungan kerjasama dengan parti Islam itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, namun ia bukan bersifat jangka panjang.

“Untuk kali ini (PRK), tidak mengapalah sebab PAS tidak bertanding tapi bergabung untuk masa depan, kita kena tengok dulu,” katanya kepada pemberita selepas membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lokman Noor pada Selasa lepas yang yakin mendapat kerjasama daripada PAS dan jentera kedua-dua parti pembangkang itu akan mengadakan kempen bersama dalam masa terdekat

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata , pengundi DUN Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya BN menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti.

“Seperti kita lihat, (komposisi) DUN Selangor sangat berat sebelah kerana BN hanya ada empat kerusi saja (daripada keseluruhan 56 kerusi DUN). Dalam Malaysia Baharu ini sekurang-kurangnya biar ada semak dan imbang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, Pakatan Harapan menang besar apabila memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN Selangor dengan BN hanya empat kerusi dan PAS (1).

Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis hasil jelajahnya membantu kempen BN hari ini walaupun bertemu dengan penyokong PKR, Khairy mengakui wujudnya kematangan politik di kawasan itu dan ia bertepatan dengan konsep Malaysia Baharu yang tidak mengamalkan serangan politik peribadi, ganas mahupun samseng.

PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan PRK pertama selepas PRU14, diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Dalam PRK pada 4 Ogos ini, Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni akan ditentang oleh Lokman Noor dan calon Bebas, K. Murthy. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Permainan Realiti Maya Pertama Di Perak

Next Post

Durian Goreng Mulai Popular Di Terengganu

Related Posts

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Next Post

Durian Goreng Mulai Popular Di Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd