• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kutuk Samakan LTTE Dengan Palestin

oleh
27/07/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO desak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kaji semula kewujudan badan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang menyamakan matlamat penubuhan dengan perjuangan Palestin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, rakyat Malaysia serta umat Islam perlu tolak pertubuhan ini kerana ia boleh menjadi ancaman kepada negara setelah bunuh ratusan ribu Muslim di Sri Lanka.

“UMNO mengutuk kerasnya kenyataan presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Malaysian Tamillan Today, N. Shanmugam dan mendesak rakyat Malaysia serta umat Islam menolak pendirian NGO ini.

“Perlu diingat bahawa asas perjuangan LTTE diasaskan Vellupillai Prabhakaran pada tahun 1976 ialah bagi tuntut kerajaan Sri Lanka beri autonomi di wilayah timur laut negara itu, atau sebuah negara merdeka bagi kaum Tamil.

“Meskipun mereka mendakwa sudah menduduki wilayah Jaffna dan Batticaloa sejak 20,000 tahun lalu, mereka sebenarnya adalah rakyat Sri Lanka berketurunan Tamil tempatan di sebuah negara berdaulat dan merdeka.

“LTTE melancarkan serangan gerila dan membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa termasuk minoriti Islam di Sri Lanka sejak dekad 1970-an serta merosakkan harta benda awam dalam perjuangkan tuntutan politiknya.

“Dalam erti kata lain, mereka mahukan sebuah negara hanya eksklusif untuk orang Tamil di dalam sebuah negara merdeka, serta menentang kerajaan Sinhala di Colombo,” katanya dalam satu kenyataan di ibu kota pada Jumaat.

Jelas Shamsul Anuar, kisah mereka berlainan penduduk Palestin, kerana dipaksa menerima pendatang Yahudi di bawah Perisytiharan Balfour tahun 1926 yang mewujudkan satu penempatan dikhususkan pada  ketika itu.

“Tetapi Yahudi Israel sedikit demi sedikit menjajah tanah nenek-moyang masyarakat pribumi Arab-Palestin dan melancarkan Perang Enam Hari pada 1967 untuk meluaskan cengkaman mereka ke atas bumi Palestin.

“Dengan rang undang-undang Bumi Yahudi diluluskan Parlimen Israel minggu lepas, semua tanah wilayah Arab didudukinya menjadi hak Yahudi, sekali gus sekat sebarang tuntutan Palestin dan umat Islam ke atas Baitulmaqdis.

“Ekoran itu, rakyat Palestin ditindas di negara sendiri,” kata Shamsul Anuar merujuk fakta penentangan warga Palestin terhadap kekejaman rejim Israel yang biadab usir penduduk asal tersebut daripada tanah air sendiri.

Ia berlainan dengan LTTE yang ingin bina wilayah sendiri di dalam sebuah negara berdaulat, meskipun mereka adalah rakyat Sri Lanka. Namun, mereka enggan menjadi warganegara Sri Lanka dan mahukan negara sendiri.

Tegas Shamsul Anuar lagi, kes Palestin ditindas Israel lebih 70 tahun sehingga kini tidak seharusnya dijadikan sebagai asas untuk sokong hasrat jahat pertubuhan pengganas LTTE untuk tuntut kemerdekaan daripada Sri Lanka.

“Buatlah kajian sejarah terlebih dahulu. Seperti Gerakan Acheh Merdeka (GAM), UMNO selama ini tidak pernah pun menyokong perjuangan mereka untuk menubuhkan sebuah negara asing di wilayah Indonesia.

“Jadi, berhati-hatilah apabila mengeluarkan kenyataan mengenai LTTE. Kita bimbang pendirian NGO sebegini akan mewujudkan suasana tidak baik kepada rakyat dalam negara ini,” jelas Shamsul Anuar. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: LTTE
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Risiko Tumpahan Minyak Merebak Ke Perairan Utara Perak

Next Post

Mahathir Solat Jumaat Dan Ikuti Khutbah Khas Hari Pahlawan

Related Posts

Tak Perlu Ambil Tindakan Terhadap LTTE – Mahathir

04/09/2020
0

PUTRAJAYA - Tidak perlu sebarang tindakan diambil kerajaan terhadap Harimau Pembebasa Tamil Elam (LTTE) melainkan kumpulan itu melakukan perbuatan menyalahi...

Pengguguran Kes LTTE Akan Disemak Semula – KDN

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak...

Next Post

Mahathir Solat Jumaat Dan Ikuti Khutbah Khas Hari Pahlawan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd