• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UEC: Perlu Ambil Kira Pandangan Pakar, Tokoh

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan perlu ambil kira pandangan pakar dan tokoh negarawan dalam setiap perancangan dasar baharu bukannya sekadar terima cadangan seterusnya laksana tanpa lihat kesan dan akibat dasar tersebut.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata ini kerana kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, polisi dan akta sedia ada sebelum sesuatu dasar dilaksanakan.

“Pengiktirafan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum-kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni yang wujud di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Harussani berkata sistem pendidikan negara dibentuk berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa dan dasar pendidikan sedia ada terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah yang lebih baik.

“Mutakhir ini bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Pengorbanan negarawan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Lock serta Tun Tan Siew Sin yang menghalang pelaksanaan UEC pada zaman merdeka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi ditunjukkan oleh mereka,” katanya.

Menurut Harussani, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara pendidikan nasional.

“Maka, kita sekarang adalah antara beberapa komponen manusia yang menikmati manfaat dasar-dasar tersebut,” katanya.

Pada 15 Julai lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.

Maszlee berkata sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). – BERNAMA

Tags: Dr Harussani ZakariaUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd