• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sedih Dengan Kemusnahan Akibat Taufan Jongdari Di Jepun

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan simpati kepada mangsa yang terjejas akibat Taufan Jongdari yang membadai negara Jepun, semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau amat sedih dan bimbang mendengar berita mengenai taufan tersebut yang mengakibatkan kecederaan dan ribuan rumah terputus bekalan elektrik.

“Berita ini lebih dahsyat selepas sekurang-kurangnya 65 orang maut akibat gelombang kepanasan yang teruk melanda negara itu beberapa hari sebelum ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas. Malaysia berada bersama Jepun dalam keadaan sukar ini dan bersedia menghulurkan apa-apa bantuan yang jika memerlukan, “ katanya menerusi catatan dalam laman Twitter beliau malam ini.

Timbalan perdana menteri itu turut berdoa untuk kekuatan bagi mereka yang terjejas dan berharap kawasan-kawasan yang dilanda taufan itu akan pulih secepat mungkin.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 24 orang cedera apabila taufan membadai wilayah tengah dan barat negara itu.

Sebelum gelombang panas mulai bulan lalu hingga pertengahan bulan ini, hujan lebat menyebabkan banjir dan aliran lumpur di barat daya Jepun menyebabkan 225 orang terkorban. – BERNAMA

Tags: Taufan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Badan Penyiasatan Bebas Siasat Isu Gangguan Seksual Doktor Pelatih

Next Post

Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya

Related Posts

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini

17/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina dan bergerak ke arah...

Taufan Willa Hampiri Mexico

24/10/2018
0

MAZATLAN, Mexico – Beribu-ribu orang berpindah, bangunan diperkukuhkan dan sekolah di kawasan pantai Mexico yang menghadap Lautan Pasifik ditutup ketika...

Next Post

Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd