• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Peroleh 7 Lagi Penaja Bagi CEPSI 2018

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperoleh penajaan daripada tujuh lagi syarikat bagi Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI 2018), menjadikan jumlah syarikat yang menyokong acara itu sebanyak 24 setakat ini.

TNB akan menganjurkan CEPSI 2018, persidangan industri bekalan elektrik paling utama di rantau Asia Timur dan Pasifik Barat tahun ini, bermula dari 17-22 Sept.

Seramai 1,500 delegasi, terdiri daripada ketua industri, eksekutif kanan, pegawai kerajaan dan pakar profesional dari seluruh dunia dijangka menghadiri CEPSI 2018 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata TNB berbangga dengan penyertaan daripada syarikat-syarikat ini sebagai penaja kerana sokongan mereka akan meningkatkan lagi imej CEPSI 2018 sebagai persidangan yang perlu disertai oleh pemain industri elektrik.

Antara syarikat tersebut termasuklah Edra Power Holdings, satu daripada penjana kuasa bebas antarabangsa utama di Asia Tenggara, konglomerat Korea Selatan Daelim Group, dan pengedar kuasa terbesar Filipina, Meralco.

“Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan yang BMW akan menyertai kami sebagai rakan pengangkutan kenderaan elektrik (EV) eksklusif atau rakan E-Mobiliti menyediakan perkhidmatan pengantara dan hospitaliti bagi orang kenamaan.

“Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya bagi acara yang sama sebesar ini di negara ini,” kata Roslan yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (2017/2018).

Persidangan itu yang bertemakan “Reimagining Utility of the Future”, akan membincangkan mengenai tindak balas industri kepada gangguan teknologi, peralihan ekonomi, kemampanan berterusan, megatrends, trillema industri, pendigitalan, dan masa depan pintar bagi industri elektrik. – BERNAMA

Tags: elektrikTNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GLC: Kerajaan PH Diminta Berhenti Singkir Bakat Melayu

Next Post

Rakyat Tempatan Relakan PATI Isi Peluang Kerja

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Next Post

Rakyat Tempatan Relakan PATI Isi Peluang Kerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd