• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tegas Mahu Projek HSR Diteruskan

oleh
20/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WAJAR… Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat bahawa projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura wajar untuk diteruskan dan bukannya dibatalkan.

Baginda malahan bertitah, ini kerana HSR merupakan satu projek prasarana pengangkutan awam rel moden yang sangat baik dan dijangka mampu memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara dalam jangka masa panjang.

“Saya fikir ini satu projek yang sangat positif yang perlu kita (kerajaan Malaysia) patut teruskan kerana bukan sahaja akan membantu Johor tetapi juga Singapura. Ini akan meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi di Johor sendiri.

“Mungkin dapat jana lebih banyak pelaburan asing. HSR ialah projek yang sangat positif yang perlu kita laksanakan dan teruskan, itu pendapat peribadi saya,” titah TMJ dalam temubual eksklusif dengan Channel NewsAsia semalam.

Wawancara penuh stesen penyiaran milik pemerintah Singapura itu dapat disaksikan penduduk Johor khasnya di bahagian selatan yang mampu terima tujuh saluran televisyen teresterial dipancarkan daripada republik tersebut.

Baginda bagaimanapun menambah, terpulang kepada pentadbiran baharu di di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk buat keputusan muktamad kerana ia melibatkan urusan perjanjian antara dua buah kerajaan negara yang berjiran.

Dalam perkembangan terbaharu berhubung projek HSR berkenaan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan berunding semula dengan Singapura untuk penangguhan pelaksanaan projek berkenaan.

Ketua kerajaan dengan usia paling tua di dunia itu berkata, kerajaan PH dapati tidak dapat meneruskan projek mega tersebut kononnya hutang negara berada dalam keadaan agak tenat meskipun dinafikan oleh pihak Bank Dunia.

“Pada masa ini, setelah melihat kepada kedudukan kewangan negara, kami berpendapat tidak dapat meneruskan projek HSR itu,” dalih Mahathir kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam. – Mynewshub.TV

Tags: HSRTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pecah Amanah: Bekas Pengurus Akaun Dipenjara 2 Tahun

Next Post

Inovasi ‘Smart Drain’ Mampu Atasi Banjir Kilat Di Kulim

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Inovasi 'Smart Drain' Mampu Atasi Banjir Kilat Di Kulim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd