• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Risiko Tumpahan Minyak Merebak Ke Perairan Utara Perak

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada risiko tumpahan minyak akan merebak ke perairan utara Perak di Tanjung Piandang setakat ini susulan kapal muatan ikan terbalik di perairan Pulau Pinang semalam.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata Jabatan Laut negeri akan terus memantau dan memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya berlaku sebarang risiko.

“Tiada perkara yang perlu dibimbangkan, namun saya meminta orang ramai memberi dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Beliau kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pegawai agensi yang terlibat dalam mengawal keadaan di lokasi.

Kapal kargo Xin Yi Yi dari China sepanjang 43.6 meter itu, dalam perjalanan memasuki pelabuhan Pulau Pinang, hampir karam selepas dipercayai melanggar dengan tukun kapal simen berhampiran perairan pantai Permatang Damar Laut, dekat George Town, pada kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

Kapal yang dikendalikan seorang kapten dan empat kru terdiri daripada seorang warga Hong Kong dan empat rakyat China berusia antara 25 dan 40 tahun itu tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

Tags: Kapal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Polis Tertembak Rakan Sekerja

Next Post

UMNO Kutuk Samakan LTTE Dengan Palestin

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

Next Post

UMNO Kutuk Samakan LTTE Dengan Palestin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd