• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Rancang Serangan ‘Sistematik’ Rohingya

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Tentera Myanmar melakukan persediaan ‘meluas dan sistematik’ untuk memerangi etnik Muslim Rohingya, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia, hari ini dalam laporan terbaharu yang menyokong siasatan pembunuhan beramai-ramai terhadap golongan minoriti tertindas itu.

Ogos lalu, kempen ketenteraan menyebabkan kira-kira 700,000 golongan minoriti tanpa kewarganegaraan itu melarikan diri menerusi sempadan ke Bangladesh. Banyak tuduhan rogol dan pembunuhan tanpa bicara direkodkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) menyifatkannya sebagai pembersihan etnik. Namun, Myanmar menafikan tuduhan itu dengan berkata, ia hanya bertindak balas terhadap serangan militan Rohingya.

Kumpulan Fortify Rights berkata, berdasarkan penyelidikan selama berbulan-bulan di Myanmar dan Bangladesh serta ratusan temu bual dengan mangsa dan pihak berkuasa, mereka mendapati pasukan keselamatan melucutkan senjata penduduk Rohingya dan melatih komuniti bukan Rohingya untuk melawan.

Tentera Myanmar turut memutuskan bantuan makanan kepada Rohingya dan memusnahkan pagar rumah mereka untuk pandangan serangan lebih jelas, menurut laporan itu.

“Pihak berkuasa Myanmar melakukan persediaan meluas dan sistematik untuk melakukan kekejaman terhadap penduduk asli Rohingya, beberapa minggu dan beberapa bulan, sebelum serangan militan Rohingya pada 25 Ogos 2017,” kata Fortify.

Laporan itu berkata, serangan oleh Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), pada Ogos lalu yang dijadikan alasan untuk operasi balas, berlaku secara tiba-tiba dan bukan secara berterusan. Katanya, operasi tentera Myanmar pula dirancang lebih awal.

Pengasas Fortify, Matthew Smith memberitahu pemberita, ketika pelancaran laporan itu di Bangkok bahawa pasukan keselamatan sengaja menjadikan penduduk Muslim Rohingya lebih lemah dan terdedah kepada serangan.

Etnik Rohingya sudah lama menetap di Rakhine, namun dilihat sebagai pendatang di negara majoriti Buddha, Myanmar selepas bertahun-tahun diasingkan beberapa rejim tentera.

“Ia menunjukkan bagaimana pembunuhan beramai-ramai berlalu dan bagaimana ia berlaku di negeri Rakhine,” katanya. – AFP

Tags: Rohingnyaserangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd