• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

oleh
23/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee bagi mencari penyelesaian isu kemungkinan pasukan bola sepak negara menarik diri dari menyertai temasya Sukan Asia bulan depan.

Beliau berkata isu pelepasan pemain oleh pasukan negeri bagi mewakili negara memerlukan perbincangan teliti termasuk pandangan daripada exco sukan setiap negeri.

“Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang tentang hal ini, malah saya juga dalam proses untuk berjumpa exco sukan setiap negeri.

“Kita akan panggil mereka, duduk dan berbincang bagi mencari penyelesaian bersama isu ini bagi kepentingan sukan negara,” katanya pada sidang media selepas majlis Konvensyen Belia Mahir Kali Kelima Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.

Kim Swee dilaporkan berkata skuad B-23 berkemungkinan menarik diri daripada kejohanan di Jakarta-Palembang itu jika beliau gagal mengumpulkan pemain yang cukup untuk mengharungi kejohanan terbabit akibat keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain yang di panggil.

Aksi di Sukan Asia bermula 18 Ogos hingga 2 September itu bertembung dengan jadual Piala Malaysia.

Mengikut peraturan, setiap pasukan perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 18 pemain sebagai syarat untuk ke temasya tersebut.

Ditanya apakah tindakan segera kementerian bagi mengelak kebimbangan tersebut menjadi kenyataan, Syed Saddiq berkata perkara pertama yang harus dilakukan ialah semua pihak terbabit perlu bertemu dan berbincang.

“Berjumpa dan berdialog dahulu dengan mereka adalah lebih baik daripada mengambil tindakan segera tanpa melakukan proses itu bersama pihak berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim SweeSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cadangan Kongsi Untung Ganti Royalti Minyak Ditentang

Next Post

Teruskan Projek Jika Baik Untuk Rakyat – Najib

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

Next Post

Teruskan Projek Jika Baik Untuk Rakyat - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd