• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susur Keluar Port Dickson Arah Utara Tutup 4 Hari Mulai Esok

oleh Cj Mnh
15/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jalan susur keluar Plaza Tol Port Dickson arah utara akan ditutup selama empat hari mulai esok bagi kerja naik taraf jalan.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam kenyataan di sini, hari ini berkata kerja penyelenggaraan itu akan dilakukan bermula dari 8 malam sehingga 8 pagi sepanjang penutupan jalan berkenaan.

“Pengguna dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif untuk ke Port Dickson. Antara laluan alternatif yang boleh digunakan ialah pengguna boleh keluar melalui Plaza Tol Seremban (arah utara) dan menggunakan jalan Seremban 2 menuju ke Mambau dan terus ke Port Dickson.

“Bagi laluan alternatif yang lain, pengguna lebuh raya boleh menggunakan Plaza Tol Seremban (arah utara) menuju ke Bandar Baru Sendayan dan terus ke Port Dickson,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, PLUS berkata laluan lorong masuk Plaza Tol Port Dickson (arah selatan) dibuka dan beroperasi seperti biasa kepada pengguna yang mahu ke selatan.

PLUS juga menasihatkan semua pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: jalan tutupplaza tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

11/10/2025
0

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum...

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

02/01/2023
2

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd