• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Rogol Tiru Cara Doktor Tenangkan Pesakit

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Salah seorang daripada 17 suspek rogol budak perempuan berusia 11 tahun di Chennai, didapati menggunakan ubat penenang wanita bersalin bagi menundukkan mangsa.

Polis berkata, suspek yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital, belajar menggunakan ubat pelali itu ketika melihat ia digunakan bagi menenangkan wanita bersalin.

Tambah polis, ia punca mangsa tidak melawan dan merelakan dirinya dirakam semasa kejadian pertama.

“Mangsa kemudian diugut dan sejak itu dia dirogol berulang kali oleh suspek serta 16 rakan lelaki terbabit selama beberapa minggu,” kata polis.

Difahamkan, kes tersebut terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian rogol itu kepada keluarganya yang bertindak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Kes berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tersebar dan menuntut kesemua suspek dijatuhi hukuman berat.

India mempunyai rekod buruk kesalahan jenayah seksual, di mana 19,000 serangan ke atas kanak-kanak dicatatkan pada tahun 2016, namun dipercayai jumlah kes yang tidak dilaporkan adalah lebih tinggi.

Januari lalu, negara itu digemparkan dengan kematian seorang budak berusia lapan tahun selepas diculik, diberi dadah dan dinoda beramai-ramai selama berhari-hari di sebuah kuil.

Kes terbabit membawa kepada pengenalan hukuman mati untuk kesalahan menodai gadis di bawah umur 12 tahun. – NDTV/Sinar Harian

Tags: Indiakes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedutaan Belum Terima Maklumat Penahanan Jho Low

Next Post

Etnik Rohingya Mahu Jaminan

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post

Etnik Rohingya Mahu Jaminan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd