• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan Tanda Rakyat Sayang Pemimpin – Najib

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembayaran sebahagian baki wang jaminan RM500,000 di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau tiba pada 11.43 pagi bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Mahkamah sebelum masuk ke dalam pejabat itu dan keluar lima minit kemudian selepas selesai menandatangani dokumen jaminan.

Sebelum beredar, Ahli Parlimen Pekan itu berkata kepada media bahawa beliau bersyukur dapat menerima bantuan daripada semua peringkat dari Ketua Bahagian sehingga ahli biasa UMNO di seluruh negara.

“Sebelum saya ke sini pun, ada UMNO Bahagian Tumpat datang untuk menyerahkan sumbangan. Ini menandakan bahawa ahli UMNO dan rakyat menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin.

“Mudah-mudahan dengan doa restu semua, saya dan keluarga dapat melalui ujian besar ini, Insya-Allah dengan izin Allah. Ini adalah sumbangan yang bermakna dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

“Ini kerana sumbangan ini terbit dari hati nurani yang ikhlas. Terima kasih sekali lagi, mudah-mudahan Allah melindungi kita dan keluarga saya,” kata bekas perdana menteri itu dalam nada syukur.

Terdahulu, dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya Daniyar Kessikbayev tiba di pekarangan mahkamah itu lebih awal pada pukul 10.04 pagi.

Ketibaan Najib disambut lebih 80 penyokongnya yang melaungkan ‘Hidup Najib’ dan ‘Bebas Najib’. Peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga kelihatan tiba pada 11.30 pagi.

Tabung Solidariti Najib Razak itu diserahkan oleh Pengerusi Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Muhammad hasil kutipan rakyat Malaysia dan juga beberapa negara luar seperti Kanada, Singapura dan Indonesia.

Ia dilancarkan selepas tular berita akaun Najib dan semua ahli keluarganya termasuk yang hidap kanser dibekukan oleh pihak Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia secara tiba-tiba konon ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Pada 4 Julai lalu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitkan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah Tinggi membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dan dibayar secara ansuran dengan separuh sudah dijelaskan pada Rabu minggu lalu. – myMetro Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakjaminan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd