• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Mizan Rasmi Taman Herba Pasir Raja

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Taman Herba Pasir Raja, sebuah projek Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD), di mukim Pasir Raja, di sini, hari ini.

Projek usahasama awam-swasta itu dimajukan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dengan syarikat pengeluar produk suplimen kesihatan, Bioalpha.

Keberangkatan Sultan Mizan ke majlis diiringi anakanda Tengku Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Muhammad Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin, Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya, Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Terdahulu Abdul Rahman dalam ucapannya berkata pembukaan HICD yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 406 hektar (1,004 ekar) sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.

“Seluas 83 hektar (260 ekar) tanah setakat ini ditanam dengan 20 jenis tanaman herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas Cotek. — LAGI

“Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunkan ekonomi negeri ini,” katanya.

Lebih 50 penduduk dari komuniti sekitar diambil bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti kerani umum, penjaga tapak semaian dan penanam herba.

“Dijangka lebih 200 peluang pekerjaan dapat diisi pada masa hadapan selepas taman herba siap dibangunkan sepenuhnya pada tahun 2020 sekaligus membantu menurunkan kadar pengangguran di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Mizan Zainal Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Mizan Lantik Jho Low Jadi Penasihat TIA – Najib

03/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bagaimana Low Taek Jho atau Jho Low yang...

Nama Baharu Universiti Diputus Selepas Perkenan Sultan Mizan

14/10/2019
0

KUALA TERENGGANU - Nama baharu universiti hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd