• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSeM Bentuk Budaya Bangsa Negara

oleh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM — Tanggapan bahawa peranan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) hanyalah sekolah menghasilkan artis perlu diubah kerana kesenian itu suatu cara membentuk budaya bangsa negara.

Ia kerana masih terdapat segelintir masyarakat masih skeptikal dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan sekolah khusus itu dalam usaha melahirkan karyawan seni negara bertaraf antarabangsa.

Penolong Kanan SSeM Perak Zuraini Abdullah berkata sekolah berkenaan melahirkan ramai pelajar berpotensi bakat seni sehingga mendapat pelbagai anugerah pencapaian terbaik individu ataupun peringkat sekolah, dalam dan luar negara.

Antara pencapaian terbaik SSeM Perak yang ditubuhkan sejak 2016 itu ialah johan kebangsaan, mewakili negara dan menjuarai Festival Antarabangsa Seni (Monolit) di Costa Brava, Sepanyol pada tahun lepas selain naib juara kebangsaan pada tahun ini.

“Masyarakat sebenarnya tidak memahami yang para pelajar ini bernilai tinggi kerana sebenarnya sekolah seni bukan hanya melahirkan artis tetapi ilmuan kesenian,” katanya selepas menghadiri Pameran Seni Visual Manifestasi Pelajar SSeM Perak, yang disempurnakan oleh Pengetua Kolej Zaaba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr Mohd Zahuri Khairani di Dewan Tuanku Canselor Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di sini hari ini.

“Alhamdulillah, sudah semakin bertambah bila­ngan pelajar masuk ke SSeM dan ini membuktikan sekolah ini se­makin menjadi pilihan ramai ibu bapa,” katanya.

Pameran manifestasi itu diadakan bagi menjayakan silibus pengurusan produksi untuk 47 pelajar Tingkatan Tiga SSeM Perak.

Mengulas lanjut Zuraini berkata berbeza dengan sekolah harian biasa, sukatan pelajaran yang perlu diikuti pelajar SSeM lebih mencabar dengan memberi keutamaan kepada subjek seni selain menitikberatkan subjek akademik asas.

“Mereka (pelajar) ini berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana perlu membahagi masa dengan sukatan pelajaran tambahan yang lebih banyak berbanding sekolah harian biasa.

Mengenai pameran itu, Zuraini berkata kesemua pelajar tingkatan tiga itu adalah kumpulan pertama pelajar sekolah mengambil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sejak dibuka tiga tahun lepas.

“Untuk batch (kumpulan) kedua, SSeM Perak mempunyai 86 pelajar dan kemasukan pelajar tingkatan satu pada tahun ini seramai 64 orang,” katanya.

Sekolah SSeM Perak antara s lima sekolah seni di negara ini termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru (Johor), Kuching (Sarawak) dan Sandakan (Sabah). — BERNAMA

Tags: Sekolah Seni Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd