• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Permainan Realiti Maya Pertama Di Perak

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Space Park yang merupakan pusat permainan berteknologi realiti maya di sini merupakan tarikan baharu bagi warga Perak amnya dan Ipoh khususnya.

Pusat hiburan yang terletak di pusat beli belah Angsana Ipoh Mall dibuka oleh UDA Mall Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UDA Holdings Berhad (UDA).

Berkonsepkan penjelajahan angkasa lepas, pusat hiburan keluarga yang menggunakan teknologi VR pertama di Perak itu mampu memberikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Ketua Bahagian Operasi Space Park Nam Wong berkata Space Park Ipoh bukan sahaja sesuai dikunjungi orang dewasa malah kanak-kanak.

“Buat masa ini terdapat empat tarikan permainan VR di Space Park iaitu Dark Mark 9D, Human Gyroscope, Space Track dan Space Shuttle NASA,” katanya kepada pemberita ketika pra-pembukaan Space Park di sini hari ini.

Selain itu, Nam berkata Space Park turut mempunyai ruang permainan dikenali sebagai Babyland untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

“Apa yang menariknya di Space Park ini harga tiket setiap permainan amat berpatutan serendah RM5 hingga RM15 sahaja,” katanya.

Beliau berkata terdapat ruangan dinamakan ‘Lucky Amusement Park’ dengan lebih 50 permainan arked iaitu mesin mainan beroperasi menggunakan token yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

Space Park Ipoh mula dibina pada Jan 2017 dan siap pada November lepas dengan kos keseluruhan bagi kawasan seluas 35,000 kaki persegi itu RM9 juta. – BERNAMA

Tags: Space Park
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd