• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Silibus Kursus Kahwin Diperhalusi

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SILIBUS kursus pra-perkahwinan di Johor akan diperhalusi bagi memastikan individu yang ingin berkahwin memahami amanah serta tanggungjawab selepas berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, tujuan meneliti kursus itu bagi mengelak berlakunya perkahwinan jangka pendek dan perceraian.

“Dalam hal ini, kita tidak mahu melihat perkahwinan jangka masa singkat atau perceraian berlaku. Justeru, kursus berkaitan perkahwinan akan dipertingkat serta diperhalusi bukan sekadar perkara-perkara asas mengenai perkahwinan tetapi membawa silibus lebih mendalam,” katanya pada sidang media, di Johor Bahru, hari ini.

Aminolhuda berkata, antara silibus yang akan diteliti dalam kursus perkahwinan kelak merangkumi urusan rumah tangga dan pengurusan ekonomi rumah tangga.

“Sebagai permulaan, kita mahu mereka yang ingin berkahwin tahu bahawa rumah tangga dibina bukan sekadar keseronokan semata-mata, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab dan amanah.

“Tanggungjawab menjaga seseorang manusia dari keluarga lain. Kita ambil anak orang, pastikan kita bertanggungjawab menjaganya,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi portfolio agama akan mengetengahkan perkara ini supaya perkahwinan dibina lebih kekal dan panjang.

Berhubung perkahwinan membabitkan pasangan bawah umur yang mana wanita berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki 18 tahun ke bawah katanya, pihaknya juga akan memperketatkan kelulusannya.

“Saya dimaklumkan perundangan meletakkan pasangan ingin berkahwin mengikut tahap umur ditetapkan iaitu lelaki 18 tahun dan 16 tahun bagi wanita.

“Sekiranya perkara ini menjadi syarat, kebenaran dari pihak majlis agama dan jabatan agama akan diperketatkan termasuk mengambil kira tahap kesediaan mereka berumah tangga dan menyara keluarga,” katanya.

Bagi EXCO agama negeri katanya, satu pangkalan data akan diwujudkan bertujuan menyimpan maklumat individu berkahwin di usia muda.

“Kita akan mewujudkan pangkalan data bagi golongan ini dan meminta bahagian kadi berhubung terus dengan jabatan agama daerah bagi tujuan berkenaan.

“Ia penting supaya pemantauan mengenai kehidupan mereka ini betul-betul diawasi atau diambil perhatian berat sekali gus mengelak masalah mendatang yang merugikan keluarga dan masa depan mereka,” katanya.

Statistik dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur sejak Januari 2013 hingga Disember tahun lalu.

Daripada jumlah berkenaan, Johor mencatatkan kedudukan keempat iaitu sebanyak 440 permohonan kebenaran nikah bawah umur. – MyMetro

Tags: kursus kahwinsilibus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Tak Akan Jadi Pengkhianat’

KPM Sedang Kemas Kini, Susun Semula Silibus

23/08/2024
0

PUTRAJAYA - Laporan terkini kemajuan intervensi kurikulum akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Ganti Silibus Mata Pelajaran Tidak Relevan – Tunku Mahkota Ismail

Ganti Silibus Mata Pelajaran Tidak Relevan – Tunku Mahkota Ismail

09/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sistem pendidikan negara perlu berubah dengan silibus mata pelajaran sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd