• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Pembelian Scorpene Lancar

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis mengendalikan kes itu, kata Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini berhubung isu itu, yang menjadi lebih utama dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dua bulan kebelakangan ini susulan pilihan raya umum lepas, Laplanche berkata kerjasama antara kedua-dua pihak adalah lancar.

“Kerjasama antara pihak berkuasa kehakiman di Perancis dan Malaysia amat baik. Mereka telah berhubung dengan Peguam Negara Malaysia yang baharu mengenai semua isu berkaitan persoalan pada masa lampau dan saya dapat merasakan kesediaan yang kuat untuk menjalin kerjasama di kedua-dua pihak.

“Isu-isu ini sedang ditangani dan dikendali oleh pihak yang kompeten,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Perancis pada 14 Julai.

Bagaimanapun, Laplanche berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut isu itu kerana ia berada di bawah bidang kehakiman Perancis, yang merupakan badan bebas di negara tersebut.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, telah dilaporkan berkata bulan lepas bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas akan dibincang dalam Kabinet bagi menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Pada 2002, Najib menyelia pembelian dua kapal selam jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir €1 bilion (US$1.17 bilion).

Pada Mei, sebaik sahaja kerajaan baharu dibentuk, Mohamad Sabu berkata beliau perlu mendapatkan gambaran penuh berkaitan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneliti butiran isu dan skandal dalam ATM, termasuk pembelian kapal selam Scorpene itu. – BERNAMA

Tags: kapal selamsiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

17/02/2026
0

SHAH ALAM – Pemuda UMNO berpandangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan sementara...

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd