• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahir Muncul Bersama Erra Hibur Pesakit Mental

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Shahir Zawawi yang beberapa bulan hilang dari radar industri hiburan selepas tamatnya pentas akhir AF Megastar Oktober lalu dilihat muncul membuat persembahan di hadapan pesakit mental.

Shahir yang diturut ditemani pelakon terkenal Erra Fazira menghiburkan pesakit-pesakit di wad psikiatri dan Pusat Kesihatan Mental (Mentari) Hospital Selayang.

Pasangan tersebut menyertai kunjungan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 Jun lalu.

Menerusi satu video yang dimuat naik agensi Badan Bukan Kerajaan itu, kedua-dua selebriti berkenaan menghabiskan masa dengan beramah mesra dan menyampaikan beberapa buah lagu raya kepada pesakit-pesakit di wad berkenaan.

Erra tampil anggun dengan berbaju kurung berwarna hijau, manakala Shahir berjaket hitam.

Shahir dan Erra meluangkan masa hiburkan pesakit di Hospital Selayang baru-baru ini. – Foto Miasa Malaysia

Dalam satu kenyataan di laman sosial, pihak Mentari mengucapkan terima kasih kepada Erra dan Shahir yang sudi meluangkan masa bersama mereka.

“Kami amat bertuah pada tahun ini menerima kunjungan daripada pihak Miasa Malaysia bagi meraikan hari raya bersama pesakit-pesakit pada 27 Jun yang lepas.

“Pihak Mentari mewakili seluruh Jabatan Psikiatri Hospital Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Miasa kerana sudi meluangkan masa bersama-sama pesakit di wad psikiatri.

“Para pesakit kami amat gembira menerima kunjungan artis terkenal tanah air iaitu Erra Fazira dan Shahir. Terukir di wajah mereka senyuman yang ikhlas apabila dapat bersama-sama mendendangkan lagu raya serta menerima hadiah daripada Miasa.

“Semoga segala usaha murni pihak Miasa dalam memberi kesedaran tentang masalah mental dipermudahkan serta diberkati,” tulisnya.

Erra dan Shahir selama ini digosipkan sedang bercinta namun hubungan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

Erra tidak menafikan Shahir ada berkunjung ke rumahnya untuk beraya pada awal Syawal lalu. – mStar Online

Tags: Erra FaziraShahir Zawawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cabaran Tangani Rasuah Kini Lebih Sukar

Next Post

Wanita Indonesia Ditahan Palsu Dokumen

Related Posts

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

Erra Fazira Selamat Dinikahkan

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesej Twitter Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari...

Next Post

Wanita Indonesia Ditahan Palsu Dokumen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd