• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setahun Tempoh Sesuaikan Kasut Hitam – Dr Maszlee

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Tempoh kelonggaran setahun akan diberikan terhadap pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang sepatutnya bermula tahun depan sebagai langkah tidak membebankan ibu bapa selain menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian tidak akan melaksanakan dasar baharu itu secara drastik dan tergesa-gesa kerana faham kebimbangan pelbagai pihak terutama ibu bapa jika ia dilakukan secara drastik.

“Bagi ibu bapa yang sudah bersedia menukar kasut hitam murid untuk ke sekolah tahun hadapan, kita alu-alukan namun kementerian akan beri kelonggaran selama setahun bagi pelaksanaannya.

“Kementerian faham kebimbangan ibu bapa serta keluarga terutama golongan pendapatan rendah dan tidak akan menguatkuasakan dasar baharu kasut hitam serta-merta selain pihak industri yang mempunyai stok kasut putih yang baharu.

“Tiada tindakan disiplin bagi murid dan pelajar yang masih menggunakan kasut putih tahun depan dan kita akan beri masa secukupnya,” katanya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian selepas perasmian Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Kelmarin, beliau mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan. – BH ONLINE

Tags: Dr Maszlee Malikkasut sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Kajian Semula Kasut Hitam, KPM Dapatkan Pandangan Sekolah

15/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stokin berwarna hitam di semua sekolah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd