• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serba Dinamik Komited Bantu Industri Kreatif Melalui GCE

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Serba Dinamik Holdings Bhd komited dalam membantu membangunkan industri kreatif melalui aplikasi digital ‘Global Content Exchange’ (GCE) yang dilancarkan pada Mei lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata GCE boleh dijadikan medium untuk penggiat industri menyalurkan karya mereka ke peringkat global.

“Industri kreatif merupakan satu industri yang boleh memberi keuntungan yang tinggi, tapi jika tidak ada wardah atau cara untuk memperkenalkan hasil karya industri itu, maka ia tidak akan tercapai.

“Oleh itu, saya percaya dengan adanya GCE, dan setelah mengambil kira pelbagai kritikan dan pandangan, ia boleh menjadi platform pilihan untuk merealisasikan hasrat berkenaan,” katanya kepada Bernama pada majlis Anugerah Telenovela 2018 di sini, Sabtu lalu.

Beliau turut menyarankan penggiat industri buku mengambil kesempatan mengembalikan kegemilangan industri itu melalui aplikasi digital GCE.

“Saya merasakan usahawan yang melibatkan diri dalam bidang ini, termasuk mereka yang ingin menerbitkan buku, hendaklah menerima hakikat bahawa perubahan teknologi berlaku dengan hebat.

“Jika peluang tidak diambil untuk melakukan penambahbaikkan dalam memenuhi perubahan kehendak pembaca, dikhuatiri mereka akan terus ketinggalan,” tambah beliau.

Katanya, GCE dapat membantu pengguna memasar dan menjual pelbagai bentuk karya yang dihasilkan melalui medium digital dan mempunyai capaian yang lebih besar.

“GCE mampu bersaing dengan platform digital lain seperti Amazon.com dengan memperkenalkan pengisian yang mengambil kira minat dan tarikan pelbagai peringkat usia,” katanya. – BERNAMA

​​​​​​​

Tags: aplikasi digitalkreatif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

02/03/2019
0

KIEV - Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam...

‘Cikgu Sporting Raya’ Memang Sporting Habis

12/06/2018
0

PELBAGAI cara terkini dilakukan orang ramai dalam menghasilkan ucapan sempena Aidilfitri yang bakal tiba seperti mengutuskan kad raya secara maya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd