• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Peserta PD International Triathlon Lemas

oleh Cj Mnh
15/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang peserta Port Dickson International Triathlon lemas ketika menyertai acara tahunan itu di sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor dalam kenyataan di sini berkata Tharm Wei Wong, 39, yang berasal dari Pulau Pinang lemas semasa berenang di pantai Port Dickson ketika menyertai acara renang.

“Mangsa telah berenang dari garis permulaan menuju ke pantai untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu acara berbasikal. Jarak antara permulaan acara renang ke pantai lebih kurang 750 meter.

“Semasa berenang, mangsa dipercayai telah lemas. Anggota bomba telah memberi bantuan kecemasan dan bantuan penafasan dari mulut ke mulut (CPR) namun mangsa tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Beliau berkata seterusnya mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata seorang lagi peserta triathlon dikhuatiri hilang ketika menyertai acara renang hasil daripada makluman awal penganjur.

“Pada 11.55 pagi ini, pihak penganjur telah melaporkan seorang lagi peserta tidak melaporkan kepada urusetia…jadi selepas menerima (laporan) kita telah gerakkan pasukan mencari dan menyelamat.

“Individu ini kita kenal pasti warganegara Hong Kong bernama Yuen Chi Yuen berumur 42 tahun. Setakat ini Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA), Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bersedia untuk mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sebarang makluman atau pengesahan lanjut berkaitan operasi ini akan dibuat oleh pihak polis. – BERNAMA

Tags: lemasTriathlon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd