• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senjata Api & Peluru Hidup Ditemui Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menemui dua pucuk senjata api dan lebih 100 peluru hidup dalam sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 132.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran Temerloh malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmod berkata dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan yang berlaku pada lebih kurang 8.30 malam itu, polis menemui sepucuk pistol Smith & Wesson, selaras pump gun bersama dua butir peluru di dalamnya.

“Turut ditemui 23 butir peluru jenis Rimba 12 Bore, 35 butir peluru Mega 12 Bore, sebutir peluru Buck Shot 12 Bore, dua kotak yang mengandungi 88 butir peluru jenis 9mm Br.C S&B.

“Siasatan awal mendapati senjata api dan peluru hidup berkenaan adalah milik sah ahli perniagaan berkenaan berdasarkan penemuan kad senjata milik mangsa.

“Kesemua senjata api berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada bahagian perlesenan dan persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh malam tadi, dua mangsa maut dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan.

Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan ulititi sukan (SUV) Low Kim Boon, 65, seorang ahli perniagaan daripada Taman Bukit Istana, Kuantan dan pemandu Perodua Myvi, Nor Rashila Rosdan, 22, seorang pelukis pelan daripada Setiawan, Perak.

Masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang alami pada bahagian kepala ekoran tercampak keluar dari kenderaan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Nor Rashila dari arah Kuantan menghala ke Temerloh telah melanggar belakang sebelah kanan sebuah lori yang membawa muatan plastik dipercayai akibat mengantuk.

“Perodua Myvi berkenaan kemudian telah dirempuh dari belakang oleh SUV Toyota FJ Cruiser yang dipandu oleh Low menyebabkan SUV berkenaan tercampak ke laluan bertentangan dan masuk ke dalam gaung.

“Dalam masa yang sama sebuah lagi kenderaan jenis Proton Iswara dari arah Kuantan menghala ke Temerloh telah melanggar Perodua Myvi yang berada di atas jalan itu, bagaimanapun pemandunya dan tiga penumpangnya hanya mengalami cedera ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautsenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Van Edar Berita Palsu Didakwa

Next Post

Cypark Smart Tech Didenda RM15,000 Gagal Patuhi Notis

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

1 Maut, 14 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Nahas 2 Kenderaan

01/04/2025
0

Kluang: Kegembiraan dua keluarga berhari raya berakhir tragedi selepas seorang peniaga maut, seorang parah dan 13 lagi cedera dalam kemalangan...

Next Post

Cypark Smart Tech Didenda RM15,000 Gagal Patuhi Notis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd