• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Mahu Budaya ‘Witch Hunt’ – Syed Saddiq

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa pihaknya tidak mahu membawa budaya ‘witch hunt’ iaitu mencari kesilapan pentadbiran yang terdahulu.

Bagaimanapun, menteri termuda yang berusia 25 tahun itu berkata, jika terdapat salah laku dalam pentadbiran berkenaan, pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Katanya, daripada mencari kesilapan lepas, beliau mahu memberi fokus kepada apa yang boleh ditawarkan demi kepentingan rakyat.

“Saya tidak mahu diwarnakan atau dicorakkan sebagai budaya balas dendam, di mana untuk menyerlahkan diri saya, saya menjatuhkan atau memburukkan imej kerajaan lepas dengan kesilapan yang sedia ada.

“Tetapi saya mahu fokus kepada apa yang kita boleh tawarkan kepada rakyat dan pastikan jika ada kesilapan yang lepas, ia tidak diulangi. Sebab fokus anak muda kini, kalau kita hanya bentangkan kesilapan lepas, mereka akan tanya what we can afford (apa yang kita mampu lakukan)?

“Contohnya bagaimana kita boleh kurangkan harga rumah, bagaimana selesaikan isu kos sara hidup, pastikan peluang pekerjaan dicipta secukupnya, isu kolej vokasional dan sebagainya. Jadi fokus yang sama rata kepada bahagian belia dan sukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melaporkan ddiri di KBS di sini, hari ini.

Ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu turut menegaskan bahawa, pihaknya akan meneruskan semua program dan dasar di bawah menteri dahulu, sekiranya ia membawa kebaikan kepada rakyat dan industri sukan negara seperti Fit Malaysia, Hari Sukan Negara (HSN) dan Perdana Fellowship.

Mengenai Program Podium, anggota Parlimen Muar itu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mendalam dengan pakar sukan dan para atlet dalam menentukan masa hadapan program atlet elit itu.

Beliau turut memberi jaminan tidak ada mana-mana sukan yang akan dipinggirkan, sebaliknya bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan terbabit untuk mencari jalan membangunkan sukan berkenaan.

“Contohnya, apabila saya menekankan E-Games, bukan kerana ia sahaja sukan penting, tapi saya rasa E-Games sering dipinggirkan pada zaman teknologi yang sedia ada, apabila kita dapat bangunkan infrastruktur berkaitan, kita turut dapat bangunkan infrastruktur berkaitan pembangunan perisian, kejuruteraan perisian yang banyak beri peluang pekerjaan kepada pemain,” katanya.

Mengenai Sukan Asia Indonesia yang dijadualkan bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini, beliau terlebih dahulu mahu meneliti Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kontinjen negara, sebelum membincangkan perkara itu.-BERNAMA

Tags: Syed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Pendaki Malaysia Tawan Puncak Carstensz Pyramid

Next Post

Apakah Realiti Sebenar di Sebalik UEC?

Related Posts

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

Syed Saddiq Tak Terima Keuntungan Secara Salah, ARMADA Tak Rugi – Mahkamah Rayuan

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapati pendakwaan gagal membuktikan Ahli Parlimen Muar itu...

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Next Post

Apakah Realiti Sebenar di Sebalik UEC?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd