• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Nampak Lembaga Hitam Gergasi…”

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA nampak lembaga hitam bersaiz gergasi di belakang pelajar yang sedang histeria dan saya terus menangis tanpa sedar,” kata seorang pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh, semalam.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata, pada awalnya kesemua pelajar sedang berhimpun sebelum seorang pelajar Tingkatan Dua yang dikenali sebagai Anis menjerit secara tiba-tiba.

Katanya, Anis kemudian dibawa ke sebuah kelas sebelum histeria berjangkit kepada beberapa pelajar perempuan yang lain sehingga keadaan menjadi huru-hara.

“Ketika serangan histeria berlaku, saya dan beberapa rakan baru hendak beredar ke kelas sebelum seorang pelajar yang diserang histeria menjerit di depan saya dan saya terus jadi penat melampau dan tidak sedarkan diri… rakan kata saya menangis tanpa henti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir, Kota Bharu, hari ini.

Semalam, 39 pelajar diserang histeria ketika perhimpunan di SMK Ketereh pada 7.30 pagi, sebelum mereka dirawat oleh ustaz dan dibenarkan pulang ke rumah pada 11 pagi.

Ina berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi ibu bapa pelajar yang histeria dan mereka dibawa pulang ke rumah masing-masing pada 8.30 pagi.

Katanya, serangan histeria itu tidak berakhir di situ, apabila ‘berjangkit’ menyerang ibu, Fatimah, 50 dan kakak sulungnya, Siti, 21 yang sedang mengandung enam bulan di rumah mereka.

Ina berkata, kejadian berlaku 9.30 malam tadi apabila Siti secara tiba-tiba mengamuk dan mengilai sebelum menjelir lidah seperti dicekik ‘sesuatu’.

“Dia juga mengugut mahu masuk ke hutan sebelum abang ipar panggil seorang ustaz dan ketika berubat Kak Long, ibu pula diserang histeria dan menjerit-jerit,” katanya yang juga anak kedua daripada lima beradik itu.

Sementara itu, Fatimah berkata, ketika kejadian dia tidak sedar apa yang dilakukan namun anaknya, Siti yang sedang mengandung turut menari, mengilai dengan suara lelaki dan memuji dirinya cantik.

Tinjauan NSTP ke sekolah itu mendapati hampir separuh pelajar sekolah berkenaan tidak hadir ke sekolah hari ini.

Bagaimanapun sesi persekolahan berlangsung seperti biasa dan tiada sebarang gangguan sejak pagi tadi. – MyMetro Online

Tags: Ganggu PelajarHisteria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kena Rasuk Gimik Aje Lah”

25/07/2018
0

KUALA TERENGGANU - "Ia hanyalah gimik untuk tarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," kata Pengarah Jabatan...

Video: Jeritan Histeria Di Bukit Batu Putih

24/04/2018
0

SEREMBAN - Rakaman video sekumpulan pendaki dalam keadaan cemas melaungkan azan beramai-ramai di bukit Batu Putih, di sini, telah mengundang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd