• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Jerman Bila Menang, Jadi Pendatang Bila Kalah”

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESUT Ozil mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa Jerman.

Perancang skuad Arsenal berusia 29 tahun itu terpaksa membuat keputusan bersara kerana mendakwa dijadikan propaganda politik dan tidak lagi berasa bangga menyarung jersi Jerman.

Ozil dikritik selepas Jerman tersingkir awal dalam pusingan pertama Piala Dunia yang menyaksikan persembahan terburuk negara itu sepanjang 80 tahun.

Dia dikecam selepas dilihat bergambar bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang kontroversi.

Ozil bersama presiden Turki Mei lalu.

Ozil memuat naik tiga helai surat terbuka pada Ahad dan mengesahkan bersara daripada aksi antarabangsa.

Malah Ozil menjadi subjek utama dalam isu rasis dan tidak hormat.

Pemain yang mempuyai darah campuran Jerman-Turki itu berkata, dia dan keluarga turut menerima email kebencian, panggilan ugutan dan penderaan media sosial.

“Layanan yang diterima DFB (Persatuan Bola Sepak Jerman) dan banyak pihak membuatkan saya tidak lagi mahu menyarung jersi negara.

“Saya rasa tidak diperlukan dan fikir apa yang saya capai sejak penampilan bersama skuad negara pada tahun 2009 telah dilupakan.

Sebahagian surat terbuka dari Ozil.

“Saya tidak lagi bermain bersama Jerman di peringkat kebangsaan yang dirasakan penuh dengan rasis dan tidak hormat.

“Saya sepatutnya berada bangga apabila memakai jersi Jerman, namun tidak lagi.

“Cukup, cukuplah apabila pihak atasan DFB mengugut saya, tidak menghormati asal usul Turki dan pentingkan diri yang meletakkan saya dalam propaganda politik.

“Ini bukan sebab kenapa saya bermain bola sepak, dan saya tidak akan duduk diam serta tidak berbuat apa-apa. Rasis sepatutnya langsung tidak boleh diterima.

“Saya Jerman apabila menang, tetapi apabila kalah saya adalah pendatang,” jelasnya. – mStar Online

Tags: JermanMesut Ozil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

24/08/2024
0

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd