• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Fitnah Phahrolrazi Selesai Secara Mediasi

oleh Cj Mnh
24/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kes saman fitnah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi terhadap anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diselesaikan secara baik setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama menerusi proses mediasi yang berlangsung hari ini.

Persetujuan itu direkodkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim selepas proses mediasi yang berlangsung di Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Alor Setar selesai.

Pada sidang media selepas itu, Peguam yang mewakili ADUN itu Zulhazmi Shariff berkata kes saman fitnah itu berjaya diselesaikan setelah defendan Ramli A. Rahman bersetuju menarik balik dengan memadam paparan status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya dengan nama ‘Harry Ramli’ pada 7 Mac lepas serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Phahrolrazi.

Zulhazmi turut membacakan permohonan maaf Ramli itu kepada media dengan antara lain menyebut: “Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada plaintif, Yang Berhormat Datuk Haji Phahrolrazi bin Mohd Zawawi atas kekhilafan saya memuat naik status yang bertarikh 7 Mac 2018 beserta tangkapan skrin aplikasi WhatsApp yang mengandungi kandungan yang tidak tepat dan boleh disalah erti dibuat oleh plaintif di dalam aplikasi Facebook milik saya yang menggunakan nama ‘Harry Ramli'”.

“Jadi dengan rekodnya penghakiman persetujuan ini telah menyelesaikan kes tuntutan Datuk Phahrolrazi kepada pihak defendan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulhazmi berkata sebelum ini pihaknya yang mewakili Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kedah telah memfailkan tindakan saman fitnah terhadap defendan itu pada 18 April lepas dengan antara lain turut membuat pernyataan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000.

Bagaimanapun Zulhazmi berkata selepas persetujuan bersama dapat dicapai dalam proses mediasi itu, Adun tersebut bersetuju menarik semula tuntutan ganti rugi RM200,000 berkenaan dengan dipersetujui kedua-dua pihak untuk masing-masing menanggung kos tindakan itu sendiri.

Ramli diwakili peguamnya Muhamad Samsul Nizam Sohhimi.  – BERNAMA

Tags: Saman Fitnahselesai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

Kes Saman Fitnah Selesai, Roslin Mohon Maaf Kepada Kenny Goh

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kes saman fitnah terhadap Roslin Hashim selesai secara baik selepas bekas pemain badminton nombor satu dunia itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd