• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Utamakan Kejayaan Berbanding Wang

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TURIN – Cristiano Ronaldo yang secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus berkata bahawa dia amat ‘berbeza’ daripada pemain sebayanya yang berhijrah ke China ataupun ke Qatar yang hanya tergoda dengan tawaran gaji yang lumayan di sana.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu berada dalam keadaan biasa kekal berkeyakinan tinggi pada sidang media di Turin, ketika majlis pengumuman perpindahannya daripada juara Eropah, Real Madrid yang dianggarkan menelan belanja sekitar 100 juta euro (RM536 juta).

“Saya berbeza daripada pemain lain yang beranggapan karier mereka sudah berakhir ketika sebaya umur saya,” kata kapten Portugal berusia 33 tahun itu.

“Saya mahu membuktikan saya tidak sama seperti mereka, saya amat berbeza sama sekali.

“Pemain yang seusia saya akan ke China atau Qatar, jadi bagi saya untuk menyambung karier saya di kelab yang begitu besar seperti ini pastinya menggembirakan.”

Juventus menandatangani penyerang bintang itu dengan kontrak selama empat musim bernilai 30 juta euro setahun, dengan harapan dia mampu menamatkan kemarau trofi Liga Juara-Juara sejak 1996.

Bersiap untuk memburu gelaran Serie A kelapan berturut-turut dan gelaran domestik berganda keempat berturut-turut, skuad Old Lady bagaimanapun bergelut untuk mengembalikan penguasaan Itali ke peringkat tertinggi di Eropah.

Juventus gagal memenangi trofi Liga Juara Juara yang kali terakhir dimenangi skuad 1996 diketuai pemain seperti Alessandro Del Piero, Antonio Conte, Didier Deschamps dan Gianluca Vialli dengan pencapaian paling hampir selepas itu adalah mara ke pentas final edisi 2015 dan 2017.

Sementara Ronaldo pula mempunyai rekod jaringan Liga Juara-Juara yang hebat berbanding pemain lain apabila sudah mengumpul sebanyak 120 koleksi gol sepanjang 15 tahun bersama Manchester United dan Real Madrid.

Malah, dia turut memenangi empat daripada lima edisi terakhir saingan terbesar Eropah itu bersama Real Madrid.

“Kami bukan hanya akan berjuang untuk memenangi Liga Juara-Juara, tetapi juga Serie A dan trofi-trofi lain,” katanya.

“Saya perlu bekerja keras kerana bukannya mudah untuk menjuarai Liga Juara-Juara. Saya berharap dapat membantu Juventus.” – AFP

Tags: Cristiano Ronaldojuventus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd