• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronaldo Boleh Buat Juve Derita – De Laurentiis

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MILAN -Juara Itali, Juventus mengambil risiko besar dengan mendapatkan Cristiano Ronaldo, menurut Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Bekas penyerang Real Madrid itu melengkapkan perpindahan bernilai 100 juta euro (RM475 juta) dengan menyertai kelab gergasi Itali itu bulan lalu.

Sekalipun Ronaldo dipercayai menerima gaji lebih sedikit berbanding di Sepanyol, Juventus dilaporkan membayar kapten Portugal itu 30 juta euro (RM142.5 juta) setahun sepanjang empat tahun kontrak yang ditandatanganinya.

Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang diperoleh pemain terbaik kelab itu ketika ini dengan De Laurentiis percaya gaji sebanyak itu sebagai perjudian buat pemain yang sudah 16 tahun di kancah bola sepak profesional.

“Cristiano sudah berusia,” kata De Laurentiis dipetik berkata dalam akhbar AS.

“Untuk mengekalkan kestabilan, amat berbahaya buat kelab menghabiskan sebegitu banyak wang untuk seorang pemain, lebih-lebih lagi yang menghampiri penghujung kariernya.

“Gajinya sesuatu yang cukup besar buat Juve. Saya tertanya-tanya adakah ia menjadi kejayaan komersial berbanding kejayaan membabitkan sukan.

“Jika anda mula memberikan gaji yang melampau, lambat laun ia akan mula menyusahkan anda.”

De Laurentiis turut mendakwa risiko itu membuatkan beliau menolak tawaran ejen Ronaldo, Jorge Mendes yang terlebih dulu menemuinya sebelum Juventus menyertai rundingan. – Agensi

Tags: Cristiano Ronaldojuventus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd