KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.6 bilion pada 13 Julai 2018.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, demikian menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini. – BH Online