• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit naik sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan sokongan belian sederhana terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.0375/0405 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0395/0425 pada Khamis.

“Prestasi ringgit yang tinggi sedikit ini dijangka tidak bertahan kerana kami menjangkakan perang perdagangan akan meningkat yang memberi kelebihan kepada dolar AS,” kata peniaga itu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk mengenakan lagi tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan import China bernilai US$200 bilion.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan diniagakan tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/9659 daripada 2.9643/9672 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.5819/5855 daripada 3.5926/5959 pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.7101/7141 daripada 4.7161/7212 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3210/3254 daripada 5.3394/3438. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd