KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US kerana tuduhan manipulasi mata wang oleh China dan Kesatuan Eropah oleh Presiden Donald Trump meletakannya dalam keadaan lemah.
Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0490/0540 berbanding penutup dolar US pada Jumaat iaitu 4.0600/0630.
Public Investment Bank Bhd berkata, apa yang turut menyokong ringgit adalah konflik dalaman antara Rezab Persekutuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengkritik dasar monetary.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9748/9796 daripada 2.9687/9718 pada Jumaat dan susut berbanding euro pada 4.7551/7614 daripada 4.7315/7366.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3216/3298 berbanding 5.2861/2904 dan susut berbanding kepada 3.6500/6549 daripada 3.6108/6138 yang dicatatkan sebelumnya. – BERNAMA
*Sekadar Video Hiasan..