• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US dan mungkin terpaksa bergelut untuk mendapatkan jejak pada dagangan hari ini, sebahagiannya berpunca daripada harga minyak yang lemah yang disebabkan oleh isu pembaharuan semula bekalan.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0650/0700 berbanding dolar US pada 4.0610/0650 pada penutup Isnin.

Ketua Dagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes juga berkata, keadaan juga sangat lengang untuk bon berasaskan ringgit dan pasaran mata wang.

“Sementara ringgit berbanding dolar bergerak lebih rendah berikutan campur tangan secara lisan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dolar secara amnya berada dalam momentum meningkat di ruang G-10 dan dengan dagangan komoditi rendah selepas bank People di China seolah mewujudkan sesuatu yang baik.

“Mata wang pasaran yang baru muncul akan didagangkan agak lemah,” katanya.

Trump menuduh China, Kesatuan Eropah dan yang lain memanipulasi mata wang mereka dan kadar faedah, meletakkan dolar US dalam keadaan tidak berapa baik.

Sementara itu, ringgit adalah bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9743/9786 daripada 2.9757/9793 pada Isnin dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3247/3329 daripada 5.3276/3341.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7528/7595 daripada 4.7497/7548 dan susut berbanding yen kepada 3.6552/6607 daripada 3.6536/6579. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd