• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini, seiring dengan prestasi mata wang negara sedang pesat membangun Asia akibat ketegangan disebabkan oleh pertikaian perdagangan, kata Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0570/0600 berbanding dolar US daripada paras 4.0550/0600 sewaktu ditutup semalam.

“Kalangan peniaga tempatan masih menunggu petunjuk daripada pihak Bank of Japan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta data penggajian bukan perladangan.

“Bagaimanapun, harga minyak akan kekal sebagai menyokong ringgit manakala sentimen pasaran negara sedang pesat membangun Asia pula terus mempengaruhi pergerakan harga,” katanya.

Sementara itu, berbanding kelompok mata wang utama lainnya, ringgit turut diniagakan lebih rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9802/9842 daripada 2.9761/9809 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6559/6593 daripada 3.6509/6563 yang dicatatkan pada Isnin.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.3252/3308 daripada 5.3202/3283 dan rendah berbanding euro kepada 4.7491/7530 daripada 4.7379/7445. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd