• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
11/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal hari ini berikutan laporan berita bahawa Presiden Donald Trump dijangka mengenakan tarif 10 peratus ke atas senarai eksport China bernilai AS$200 bilion ke AS, kata seorang peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0320/0350 berbanding dolar AS daripada 4.0200/02504 yang dicatatkan sewaktu ditutup pada Selasa.

“Susulan pengumuman itu, para pelabur telah mengalihkan tumpuan terhadap dolar US kini didagangkan dalam sentimen yang positif,” katanya.

Menurutnya, ringgit diniagakan dalam sentimen kurang memberangsangkan biarpun mendapat permintaan tinggi, susulan tindakan pelabur menunggu hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan hari ini.

“Kami tidak menjangkakan sebarang perubahan bagi kadar faedah. Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus juga amat berpengalaman di bank pusat itu dan dijangka meneruskan kesinambungan dasar sedia ada. Namun, pasaran akan lebih menumpukan terhadap sebarang isyarat atau petunjuk bagi kemajuan masa depan.

“Malah, memandangkan keadaan politik dan fiskal yang mencabar pada masa akan datang, saya menjangkakan ini (keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari) tidak mungkin cenderung ke arah kenaikan kadar faedah,” katanya.

Selain itu, berbanding kelompok mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan rendah.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9623/9654 daripada 2.9613/9665 dan lemah berbanding yen kepada 3.6387/6424 daripada 3.6128/6183 pada Selasa.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.7283/7335 daripada 4.7118/7189 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3428/3484 daripada 5.3233/3319. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd