• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar US hari ini selepas Presiden Donald Trump menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Pada 9 am, ringgit disebut pada paras 4.0600/0650 berbanding dolar US daripada 4.0620/0650 sewaktu ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata, kenyataan Trump itu menyebabkan dolar US susut daripada kenaikan sebelum ini dan menyebabkannya lemah berbanding mata wang lain termasuk ringgit.

“Selain itu, ringgit turut disokong oleh faktor harga minyak mentah yang lebih kukuh,” katanya.

Pada 9.20 pagi, harga penanda aras global, minyak mentah Brent meningkat kepada US$73 setong selepas laporan media menyatakan Arab Saudi dijangka mengurangkan eksport minyak mentahnya pada bulan depan.

Sementara itu, ringgit bagaimanapun rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9642/9687 berbanding 2.9622/9648, turun berbanding yen kepada 3.6070/6124 daripada 3.5937/5970 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.2853/2922 daripada 5.2806/2849 pada Khamis.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7311/7378 daripada 4.7144/7187. – BERNAMA

Tags: dolar USringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd