• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Terperangkap Di Gua ‘Hidup’ Seperti Sami

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELAS remaja yang terselamat selepas terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai Thailand akan menikmati kehidupan seperti sami.

Kesemua pasukan bola sepak yang berdepan detik-detik mencemaskan selama beberapa hari terperangkap di dalam gua itu akan hidup seperti sami selama sembilan hari bagi memberi penghormatan kepada pasukan yang telah menyelamatkan mereka.

Malah, 11 remaja terbabit turut membotakkan kepala dalam satu majlis tradisi pada Rabu.

Jurulatih mereka Ekapol Chanthawong, 25 tahun akan menjadi sami selepas 10 tahun dilantik sebagai sami pelatih.

Salah seorang remaja Adul Sam-on, 14 tahun tidak ditahbiskan memandangkan dia beragama Kristian.

Ratusan penduduk menyertai majlis itu yang diadakan di Kuil Phra That Doi Wao, Chang Mai bagi memberi sokongan kepada remaja tersebut.

Ahli keluar remaja terbabit telah berjanji bahawa anak mereka akan ditahbiskan sekiranya berjaya diselamatkan.

Salah seorang remaja membotakkan kepala dan akan tinggal selama sembilan hari di kuil seperti sami.

Mereka terperangkap selama 17 hari dalam gua yang berdekatan sempadan Myanmar itu berjaya dibawa keluar dengan misi bantuan antarabangsa melibatkan pasukan penyelamat dari Australia.

Setelah berjaya dibawa keluar dengan selamat, kesemua mereka ditahan di hospital bagi menjalani rawatan susulan.

Terdahulu pada 23 Jun lalu, kumpulan remaja yang berusia 11 hingga 16 tahun itu bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun memasuki gua berkenaan untuk meneroka bahagian dalam gua tersebut.

Namun terperangkap selepas hujan lebat turun sehingga menyebabkan banjir. – Agensi/astroawani

Tags: remajasami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd